MUSTIKA RATU | DE'PUTIH | SENDAYU TINGGI | NURBEAUTYLINE | SARIAYU | LEESA FORMULA | NATASYA
yellow-daisy-banner SEGALA PRODUK YANG DITAWARKAN DAN DIJUAL ADALAH MENGIKUT SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. SEBAGAI PENGGUNA ANDA HARUSLAH MENENTUKAN PRODUK YANG SERASI DENGAN ANDA. TERIMA KASIH
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Rabu, 5 Januari 2011

PRODUK LEESA FORMULA - ALOGA


ALOE VERA

Aloe Vera adalah nama latin bagi Lidah Buaya. Aloe Vera atau Lidah buaya telah terkenal dikalangan pakar herba sebagai "pokok ubat". Laporan bertulis menunjukkan Aloe Vera telah digunakan berabad lamanya. Pada zaman kegemilangan Islam ia digunakan untuk mengubati tentera Islam Sultan Iskandar Zulkarnain. Ratu Cleopatra juga dikatakan menggunakan Aloe Vera untuk menghaluskan kulit dan mengilatkan rambutnya sehingga berjaya menundukkan Julius Caesar. Tamadun Egypt pula memanggil Aloe Vera sebagai "pokok kekal abadi" dan memasukkannya sebagai sebahagian daripada hadiah yang ditanam di dalam makam diraja.

Kajian saintifik yang pertama telah dibuat pada tahun 1935 di dalam jurnal perubatan di mana Aloe Vera telah digunakan dengan jayanya untuk mengubati kesan radang kulit akibat cahaya x-ray. Semenjak tahun 1970-an lagi Aloe Vera adalah merupakan bahan asas utama dalam pembuatan produk penjagaan kulit di Eropah dan Amerika Syarikat.

Dalam 240 spesis aloe, spesis Aloe Barbadensis Miller dianggap terbaik dan digunakan bagi tujuan perubatan kerana ia mengandungi 75 jenis nutrien dan 200 kompaun aktif termasuk 20 jenis mineral, 18 jenis asid amino dan 12 jenis vitamin.(Spesis Barbadensis Miller digunakan oleh L-Effe untuk semua rangkaian produk Aloe Vera kami).

Potensi penggunaan Aloe Vera menyeluruh, samada untuk kegunaan kosmetik luaran sebagai penyubur rambut, ubat jerawat atau penyembuh luka terbakar, sehinggalah untuk pengambilan dalaman di dalam bentuk minuman bagi mengatasi masalah asma, sesak nafas, buasir dan sebagainya.

GAMAT

Gamat adalah hidupan yang terdapat di dasar laut dan digunakan turun menurun semenjak 400 tahun dahulu di kalangan masyarakat Melayu khususnya di Langkawi untuk menyembuh luka luaran mahu pun dalaman. Selain itu, gamat turut digunakan oleh wanita-wanita lepas bersalin selain digunakan secara meluas di negara China sejak tahun 1757 dan dikenali sebagai 'ginseng laut'. Terdapat kira-kira 1,000 spesies gamat di seluruh dunia di mana lebih kurang 30 spesies boleh ditemui di pantai-pantai Langkawi, Pangkor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Gamat hanya hidup di kawasan perairan yang bersih, berpasir dan berbatu karang. Kawasan-kawasan perairan ini mengandungi banyak galian penting yang diserap oleh gamat melalui pemakanannya.

Gamat terdapat dalam pelbagai saiz (boleh membesar sehingga 60 - 90 sentimeter), warna dan bentuk. Tekstur kulitnya adalah licin, bergerutu dan lain-lain. Gamat mempunyai sifat unik yang membolehkan sel-selnya berkembang dan bersambung semula dengan cepat apabila tisu badannya luka dan terputus. Sifat unik ini membolehkan gamat menjadi dua ekor apabila badan asal dipotong dan dikembalikan ke laut.

Gamat mengandungi kandungan mineral seperti potasium, magnesium, fosforus, kalsium, zat besi, zink, kromium, dan mangan. Kandungan-kandungan lain yang pada gamat ialah air sebanyak 8.9%, protein 82%, lemak 1.7%, karbohidrat 4.8% dan ash 2.6%. Kajian terbaru menunjukkan gamat mengandungi kandungan lemak poly unsaturated yang tinggi iaitu Omega-3FA: EPA, DHA. Dari segi nutrisi, Gamat merupakan makanan berbentuk tonik yang ideal kerana mengandungi kadar protin yang tinggi (55%) lebih daripada sumber makanan yang lain (kecuali telur putih). Ia juga mengandungi lebih rendah kandungan lemak (kurang daripada 2%). Gamat boleh dihidangkan dalam pelbagai cara termasuk dibuat sebagai sup, dimasak bercampur dengan daging, dibuat dalam bentuk ekstrak pil atau diminum. 

KEGUNAAN & KEBAIKAN GAMAT
  • Kegunaan Kosmetik. Ekstrak gamat mengandungi kolagen yang penting dalam kosmetik untuk ketegangan tisu muka dan kulit kita. Selain itu, rawatan muka akan lebih berkesan daripada dua ciri ekstrak yang bersifat anti fungal dan anti mikrobial. Sifat anti fungal dan anti mirobial adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada kulit muka berkulat.
  • Kegunaan Tradisional Negara Cina. Berdasarkan kaedah perubatan tradisional cina, gamat berupaya memperkayakan darah, menguatkan hempedu, mengubati ketidaksempurnaan sistem perkumuhan dan sistem reproduktif. Gamat digunakan secara meluas dalam mengubati lemah badan, lemah tenaga barin, sembelit kesan daripada kekeringan di bahagian intestine, dan masalah pembuangan air kecil yang kerap.
  • Sakit Sendi Seperti Artritis & Gout. Glukosamina dan kondroitin penting untuk melegakan sakit sendi seperti artritis dan gout.
  • Penyakit Dalaman Mengurangkan bengkak, inflamasi, meredakan luka dalaman, dan sakit-sakit badan. Selain daripada itu, ia juga dapat membantu mengurangkan tahap darah tinggi bagi pesakit hipertension.
  • Penyakit Kulit dan Luaran Lain. Air gamat boleh diambil oleh pesakit yang mengalami ulser dan sakit tekak. Bagi kegunaan luaran, jel gamat boleh digunakan untuk luka dan gigitan serangga.
Kegunaan Luaran
  • Aloe Vera Menyembuhkan Luka & Kecederaan.
  • Bersifat anti-bakteria dan anti-kulat serta bertindak sebagai anti-biotik untuk membunuh kuman pada luka, mengelakkan dari jangkitan dan pembiakan kuman. Ia juga mempercepatkan kadar aliran darah ke bahagian yang tercedera untuk mempercepatkan proses penyembuhan sel kulit.
  • Gel Aloe Vera Melegakan Kesan Terbakar.
  • Berbagai jenis kajian yang melibatkan usaha mengubati kesan terbakar menunjukkan aloe vera akan membantu proses penyembuhan kesan terbakar di kulit 30% lebih pantas dan efektif daripada bahan lain.
  • Aloe Vera Mengurangkan Risiko Kecederaan Akibat Radang Kulit.
  • Walaupun penyakit "frostbite" jarang dialami di negara bercuaca panas, adalah perlu diketahui bahawa aloe vera telah terbukti melalui kajian Annals of Emergency Medicine untuk menghalang pengurangan aliran darah ke tisu-tisu yang beku yang menyebabkan kehilangan tisu dalam kes-kes "frostbite" menyebabkan kudung.
  • Aloe Vera Melindungi Dari Radiasi.
  • Bagi mereka yang akan menjalani rawatan x-ray, aloe vera telah terbukti secara saintifik dapat menghalang kerosakan sel kulit akibat radiasi kerana kandungan anti-oksidanya yang superoxide dismutase dan gluthathione, 2 jenis bahan yang berfungsi menyembuhkan sel kulit.
  • Aloe Vera Menyuburkan Rambut dan Mengatasi Keguguran rambut.
  • Aloe Vera Untuk Penjagaan Kulit.

Kegunaan Dalaman:
  • Aloe Vera Mencegah Kanser Paru-Paru. Kajian Jurnal Penyelidikan Kanser Jepun membuktikan aloe vera berkesan dalam menghalang kanser paru-paru serta banyak lagi jenis kanser lain.
  • Aloe Vera Melegakan Masalah PenghadamanJurnal Perubatan Alternatif, melalui kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa jus aloe vera berkesan mengubati penyakit radang usus merangkumi cirit-birit, pembuangan najis tidak menentu, menyah-toksin sistem penghadaman, meneutralkan perut berasid, mengurangkan sembelit dan ulser gastrik serta memperkuatkan fungsi buah pinggang, hati serta pundi hempedu.
  • Aloe Vera Menurunkan Kandungan Gula Dalam Darah Untuk Penyakit Diabetis.Kajian oleh Hormone Research mendapati kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetis dapat dikurangkan sebanyak 45%.
  •  Aloe Vera Mencegah Panas Badan.
  • Aloe Vera meningkatkan Daya Tahan Badan . 
Untuk memberi manfaat secara maksimum kepada semua yang mempercayai kebaikan Aloe Vera dan Gamat, Leesa Formula mengedarkan 2 produk berasaskan pati asli Aloe Vera iaitu Leesa Formula AloGa APPLY Gel dan Leesa Formula Aloga DRINK Jelly.

Harga / Price :

Aloga Apply Gel

RM 35.00 (Semenanjung Malaysia)
RM 38.00 (Sabah & Sarawak)

Aloga Drink


RM 40.00 (Semenanjung Malaysia)
RM 43.00 (Sabah & Sarawak) 
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger