MUSTIKA RATU | DE'PUTIH | SENDAYU TINGGI | NURBEAUTYLINE | SARIAYU | LEESA FORMULA | NATASYA
yellow-daisy-banner SEGALA PRODUK YANG DITAWARKAN DAN DIJUAL ADALAH MENGIKUT SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. SEBAGAI PENGGUNA ANDA HARUSLAH MENENTUKAN PRODUK YANG SERASI DENGAN ANDA. TERIMA KASIH
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Memaparkan catatan dengan label Leesa Formula. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Leesa Formula. Papar semua catatan

Rabu, 5 Januari 2011

PRODUK LEESA FORMULA - BONCARECALCIUM POWDER


BONCareCalcium adalah Minuman Tinggi Kalsium dengan formulasi unik menggabungkan Kalsium Organik Semulajadi dari Rumpai Laut & Susu dengan Kolestrom & Protein Soya bersama MultiVitamin dan MultiMineral.

BonCare baik kepada semua terutama yang menghadapi masalah osteoporosis dan osteoarthritis, disamping membantu meningkatkan sistem imunasi badan serta memeri tulang, sendi serta gigi yang lebih kuat.

Fungsi
  • Untuk mereka yang mula merasakan kesakitan sekitar sendi dan tulang.
  • Untuk mereka yang merasa tulang dan badan tidak kuat untuk mengangkat sesuatu barang atau melakukan kerja berat.
  • Untuk mereka yang sering mengalami sakit-sakit sendi & tulang
  • Untuk mereka yang semakin berusia & risaukan gangguan ostreophorosis
  • Untuk mereka yang inginkan tulang & gigi yang kuat
  • Untuk mereka yang sering letih lesu & kurang bertenaga
  • Untuk mereka yang sering sakit gigi, ngilu dan gusi serta gigi berdarah.

PENGGUNAAN

Campur satu bungkus sachet dengan segelas (200ml) air suam. Kacau sebati dan minum sebelum makan, satu atau dua kali sehari. Elok diambil bersama JointCare Capsule.

Peringatan: Wanita mengandung & menyusukan bayi eloklah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk ini.

Simpan ditempat dingin dan kering. Jauhi dari kanak-kanak.


Harga :

Semenanjung Malaysia: RM 50.00
Sabah/Sarawak: RM 53.00
 
Bilangan: 1 Kotak
 



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

PRODUK LEESA FORMULA - BIO-HEALTH FATRIM


Walaupun kita mengambil makanan rendah lemak, jika makanan itu tinggi kadar karbohidratnya, ia tetap akan menjadi lemak! Kebanyakan makanan seperti nasi, pasta, mee dan roti mengandungi karbohidrat yang tinggi. Oleh itu badan kita memerlukan nutrien yang dapat berfungsi memecahkan karbohidrat yang kita makan menjadi tenaga, bukan lemak.

Bio-health Fatrim adalah nutrien yang akan bertindakbalas untuk mengaktif dan mempercepatkan proses pembakaran makanan dan pencairan lemak dengan mempertingkatkan proses metabolisma di samping memperkuatkan hati untuk membersihkan salur usus dengan lebih lancar. Hati yang bersih dapat meningkatkan daya bakar lemak dalam badan.

Fungsi
 
  • Mengurangkan rasa lapar dan selera makan untuk mengelakkan makan berlebihan 
  • Menghalang pembentukan lemak dalam badan tanpa menyebabkan kehilangan protein dan jisim badan 
  • Menggalakkan pembakaran kalori untuk menurunkan berat badan; 
  • Merendahkan kolesterol dan asid lemak dalam darah 
  • Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan menguatkan fungsi hati. 
  • Memberi tenaga dan kekuatan fizikal walaupun kurang mengambil makanan. 
  • Mengelak keletihan badan
PENGGUNAAN
  • Untuk permulaan program diet sehingga mendapat kesan yang diingini:
  • Ambil 2 kapsul pagi dan 2 kapsul petang sebelum makan.
  • Untuk tujuan maintainance:
  • Ambil 2 kapsul sebelum makan tengah hari, sekali sehari.

ATURAN PENGAMBILAN
 
  • Boleh diambil oleh semua lelaki dan wanita, termasuk remaja berumur 13 tahun ke atas.
  • Apabila diambil, kapsul ini bukan sahaja boleh menurunkan selera makan, mengurangkan rasa lapar malah ia dapat mengekalkan tenaga & kekuatan fizikal tanpa rasa letih & lesu.
  • Sangat penting diambil apabila memakan makanan yang mengandungi karbohidrat ditukarkan kepada tenaga bukan lemak.
  • Terbaik jika diambil bersama Set Lengkap Shapely Slim untuk menambah keberkesanan.
  • Boleh diambil untuk mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, jantung atau kencing manis.
  • Tidak digalakkan untuk wanita hamil dan menyusukan.
Harga :

Semenanjung Malaysia: RM 55.00
Sabah/Sarawak: RM 58.00

Bilangan: 1 Botol



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

PRODUK LEESA FORMULA - TABLET PRAWAN


Tablet Prawan dengan formulasi ubat periuk dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan. Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.

FUNGSI
  • Kegunaan Tablet Prawan
  • Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
  • Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
  • Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
  • Mencegah masalah meroyan.
  • Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
  • Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bias-bisa tulang.
PENGGUNAAN

Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan.
 
ATURAN PENGAMBILAN

Ambil sehari sekali 2 tablet petang selepas makan dari hari ke 4 hingga selesai pantang 44 hari.

Harga :

Semenanjung Malaysia: RM 75.00
Sabah/Sarawak: RM 78.00
 
Bilangan: 1 Botol 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

PRODUK LEESA FORMULA - BODY CONTOUR GEL


Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran, dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk memecah lemak, selulit dan lendir. Ia disapu sebelum berbengkung di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan kembali badan. Tanpa bau, tiada & mudah menyerap.

Fungsi
  • Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit.
  •  Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit.
  •  Mengurangi stretch mark.
PENGGUNAAN
  • Hanya picit sebesar duit 20 sen, jumlah yang cukup untuk sapuan di seluruh kawasan perut, pinggul dan paha. (Cuci tangan anda dengan sabun sebaik selepas menyapu gel ini untuk mengelakkan kepanasan yang melekat kepada bahagian lain badan).
  • Sapu selepas mandi, pagi dan petang atau sebelum berbengkung.
  • Tidak perlu menggosok lama atau mengurut pusingan jam kerana ia cepat dan mudah meresap. 
  • Sesuai juga untuk semua lelaki dan wanita yang tidak berpantang yang ingin mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.
Harga :

Tiub 50gm
Semenanjung Malaysia: RM 30.00
Sabah/Sarawak: RM 33.00
 
Tiub 100gm
Semenanjung Malaysia: RM 55.00
Sabah/Sarawak: RM 58.00




 
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

PRODUK LEESA FORMULA - DIET MEAL


Ia adalah makanan gantian yang lazat dengan rasa stawberri serta berkhasiat, kaya dengan phytonutrients, zat dan enzim. Ia penting untuk membekalkan zat dan tenaga yang diperlukan badan sepanjang berdiet. Ia rendah lemah dan tinggi protein, dirumus dari 18 jenis bijirin iaitu barli hijau, beras perang, biji anggur, teh hijau, kacang soya, mengkudu, madu, serat, enzim(amilase, protease, lipase), magnesium, kuprum, kalsium, fruktosa dan iodin.
 
Diet Meal mempunyai 15 bungkus dalam satu kotak (25gram sebungkus), yang cukup untuk membekalkan badan dengan zat dan tenaga untuk mengganti satu hidangan.

FUNGSI
  • Sebagai makanan gentian untuk memberi tenaga dan zat yang diperlukan tubuh semasa program diet.
  • Mengelakkan rasa letih dan lesu badan apabila sedang mengurangkan makanan berat.
  • Memberi rasa kenyang apabila diminum ketika perut terasa lapar. Jadi ia dapat membantu badan mengurangkan pengambilan makanan berat secara semulajadi.
  • Mengatasi rasa lapar serta mengurangkan keinginan untuk makan apabila mengambilnya pada waktu makan untuk tujuan mengganti satu hidangan utama.
  • Memberikan kulit yang sihat dan cantik; kandungan pemakanan seimbang dalam Diet Meal dapat memberikan zat dan lembapan yang diperlukan oleh kulit. Enzim lipase, kalsium, dan manganese membantu menyihatkan kulit di samping mengatasi pelbagai masalah berkaitan kulit, rambut, dan kuku.
  • Menjadi agen awet muda.
  • Memberikan tidur malam yang nyenyak.
PENGGUNAAN

Bancuh satu bungkus Diet Meal bersama segelas air suam atau air sejuk peti ais dan diminum untuk memberi zat, tenaga serta menghilangkan rasa lapar apabila berdiet.

ATURAN PENGAMBILAN
  • Khusus untuk keperluan pengamal diet yang sedang mengurangkan pengambilan makanan berat untuk menurunkan berat badan. Apabila makanan berlemak dan berkalori dikurangkan, pengamal diet akan merasa lapar, letih, dan kurang bertenaga. Untuk mengatasi masalah tersebut, mereka dicadangkan meminum Diet Meal. Diet Meal dapat meberikan zat, nutrient, dan tenaga kembali kepada badan seperti satu hidangan makanan berat anda. Ia cukup untuk keperluan badan anda untuk mengelakkan kekurangan zat dan nutrient serta letih dan lesu.
  • Boleh diambil oleh semua lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak.
  • Sesuai juga untuk wanita mengandung terutama yang sering muntah dan tidak boleh makan di peringkat awal kehamilan. Jadi pengambilan Diet Meal akan berupaya membantu memberi kembali zat dan tenaga.
  • Sesuai juga untuk ibu-ibu yang menyusukan kerana Diet Meal bukanlah ubat sebaliknya makanan gantian yang berkhasiat. Kandungan beras perang, kacang soya dan lain-lain boleh membantu menambah zat untuk membanyakkan susu ibu.
  • Boleh diambil seberapa banyak dan kerap yang disukai untuk tujuan mengganti hidangan.
Harga :

Semenanjung Malaysia: RM 89.00
Sabah/Sarawak: RM 92.00

Bilangan: 1 Kotak
 



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

PRODUK LEESA FORMULA - GEGAN ROOT PLUS


Penggunaan Set BodyBeauty (untuk penjagaan dari luar) akan lebih berkesan sekiranya ia diambil bersama Gegan Root Plus (untuk penjagaan dari dalam) di mana dua gandingan lengkap dari luar dan dalam yang kaya dengan phyroestrogen tertinggi iaitu dari Pueraria Mirifica di dalam BodyBeauty dan Pueraria Lobata di dalam Gegan Root Plus berupaya untuk memberikan payudara yang tegang, montok dan menawan.

Gegan Root Plus ialah kapsul asli Pueraria Lobata yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor kelulusan MAL20020232T dan dirumus serta dikilangkan oleh pengilang yang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) di bawah seliaan doktor bertauliah. Gegan Root Plus dari Leesa Formula dihasilkan dari ekstrak semulajadi Pueraria Lobata asli dengan kandungan 100% herba semulajadi.

FUNGSI

  • Meningkatkan, memelihara dan menyeimbangkan hormon wanita.
  • Memberi bentuk badan menarik dan membesarkan payudara semasa tumbesaran remaja.
  • Menegang, membentuk, menyihat dan menggebukan payudara wanita dewasa/ berumur.
  • Menyokong kembali keupayaan sistem dalaman re-produktif wanita.
  • Memberi keseimbangan kepada rembesan cecair vagina: melembabkan untuk vagina yang kering dan mengetatkan untuk vagina yang berair/longgar.
  • Melambatkan proses menopouse dan menyediakan nutrien untuk membantu mengurangkan kesan perubahan psikologi dan fizikal akibat proses menopous.
  • Melambatkan proses penuaan dan membantu menegangkan kulit serta memberi awet muda.
PENGGUNAAN

Untuk tujuan penjagaan payudara, ambil 2 kapsul setiap hari selepas makan (samada pagi, petang atau malam) bersama Set 3 Produk BodyBeauty iaitu Breast Enzyme Mask, Breast Firming Cream dan Breast Enlargement Cream.


ATURAN PENGAMBILAN

  • Dicadangkan untuk wanita berumur 18 tahun ke atas, kecuali mereka yang mengandung dan menyusukan anak.
  • Boleh diambil oleh gadis remaja 16 tahun ke atas untum membesarkan payudara semasa proses tumbesaran berlaku.
  • Boleh diambil oleh wanita di peringkat melahirkan anak dan meningkat usia untuk menegangkan kembali payudara.

Harga :

Semenanjung Malaysia: RM 100.00
Sabah/Sarawak: RM 103.00
 
Bilangan: 2 kotak
 




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

PRODUK LEESA FORMULA - BREAST ENZYME MASK


Breast Enzyme Mask diformulasi untuk membantu memberikan kesan maksimum dalam penggunaan set krim BodyBeauty. Kolagen dari ekstrak herba Pueraria Mirifica dapat membantu merangsang dan membina sel kulit baru untuk melembab, memelihara, melembut dan menyegarkan payudara. Ia juga berupaya menegangkan tisu dan otot payudara serta melancarkan aliran darah untuk payudara yang lebih sihat, anjal, tegang, elastik dan kelihatan muda remaja.

Fungsi
  • Membangunkan kuasa 'penegangan' apabila masker semakin kering. Selain menegang, masker akan juga membentuk kembali payudara dalam saiz dan bentuk yang terbaik.
  • Kolagen di dalam Pueraria Mirifica akan meresap jauh kedalam payudara untuk mendorong pembentukan tisu payudara, menghasilkan payudara lebih cantik, lembut, tegang serta nampak muda remaja.
  • Masker selain dari menegangkan payudara, juga membantu melancarkan perjalanan darah. Darah yang berjalan lancar akan dapat memberikan lebih keberkesanan terhadap penggunaan produk.
  • Apabila masker ditanggalkan secara peel off, ia akan dapat membuang sel mati dilapisan kulit atas payudara. Apabila kulit mati tiada, krim akan mudah meresap masuk ke dalam lapisan kulit untuk berfungsi secara optimum. Selain itu, ia dapat menjana pembentukan sel payudara baru, serta mengembangkan sel sedia ada.
PENGGUNAAN
  • Di gunakan 2 kali seminggu, sebelum mandi.
  • Sapukan masuk ke seluruh bahagian kedua-dua payudara semasa badan dalam keadaan berbaring (untuk memberikan payudara dalam kedudukan yang betul dan menegak). 
  • Biarkan gel mengering membentuk 'mask', di anggarkan lebihkurang 15 minit.
  • Selepas itu tarik (peel off) perlahan-lahan dan cuci saki-baki mask tadi atau mandi.
  • Selepas itu sapu krim FIRMING, diikuti oleh ENLARGEMENT.
ATURAN PENGAMBILAN
 
Sesuai digunakan oleh wanita bermula remaja, berumur 16 tahun ke atas.
Terbaik untuk semua wanita, kecuali yang mengandung dan menyusukan.


Harga :
Semenanjung Malaysia: RM 25.00
Sabah/Sarawak: RM 28.00
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

PRODUK LEESA FORMULA - ALOGA


ALOE VERA

Aloe Vera adalah nama latin bagi Lidah Buaya. Aloe Vera atau Lidah buaya telah terkenal dikalangan pakar herba sebagai "pokok ubat". Laporan bertulis menunjukkan Aloe Vera telah digunakan berabad lamanya. Pada zaman kegemilangan Islam ia digunakan untuk mengubati tentera Islam Sultan Iskandar Zulkarnain. Ratu Cleopatra juga dikatakan menggunakan Aloe Vera untuk menghaluskan kulit dan mengilatkan rambutnya sehingga berjaya menundukkan Julius Caesar. Tamadun Egypt pula memanggil Aloe Vera sebagai "pokok kekal abadi" dan memasukkannya sebagai sebahagian daripada hadiah yang ditanam di dalam makam diraja.

Kajian saintifik yang pertama telah dibuat pada tahun 1935 di dalam jurnal perubatan di mana Aloe Vera telah digunakan dengan jayanya untuk mengubati kesan radang kulit akibat cahaya x-ray. Semenjak tahun 1970-an lagi Aloe Vera adalah merupakan bahan asas utama dalam pembuatan produk penjagaan kulit di Eropah dan Amerika Syarikat.

Dalam 240 spesis aloe, spesis Aloe Barbadensis Miller dianggap terbaik dan digunakan bagi tujuan perubatan kerana ia mengandungi 75 jenis nutrien dan 200 kompaun aktif termasuk 20 jenis mineral, 18 jenis asid amino dan 12 jenis vitamin.(Spesis Barbadensis Miller digunakan oleh L-Effe untuk semua rangkaian produk Aloe Vera kami).

Potensi penggunaan Aloe Vera menyeluruh, samada untuk kegunaan kosmetik luaran sebagai penyubur rambut, ubat jerawat atau penyembuh luka terbakar, sehinggalah untuk pengambilan dalaman di dalam bentuk minuman bagi mengatasi masalah asma, sesak nafas, buasir dan sebagainya.

GAMAT

Gamat adalah hidupan yang terdapat di dasar laut dan digunakan turun menurun semenjak 400 tahun dahulu di kalangan masyarakat Melayu khususnya di Langkawi untuk menyembuh luka luaran mahu pun dalaman. Selain itu, gamat turut digunakan oleh wanita-wanita lepas bersalin selain digunakan secara meluas di negara China sejak tahun 1757 dan dikenali sebagai 'ginseng laut'. Terdapat kira-kira 1,000 spesies gamat di seluruh dunia di mana lebih kurang 30 spesies boleh ditemui di pantai-pantai Langkawi, Pangkor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Gamat hanya hidup di kawasan perairan yang bersih, berpasir dan berbatu karang. Kawasan-kawasan perairan ini mengandungi banyak galian penting yang diserap oleh gamat melalui pemakanannya.

Gamat terdapat dalam pelbagai saiz (boleh membesar sehingga 60 - 90 sentimeter), warna dan bentuk. Tekstur kulitnya adalah licin, bergerutu dan lain-lain. Gamat mempunyai sifat unik yang membolehkan sel-selnya berkembang dan bersambung semula dengan cepat apabila tisu badannya luka dan terputus. Sifat unik ini membolehkan gamat menjadi dua ekor apabila badan asal dipotong dan dikembalikan ke laut.

Gamat mengandungi kandungan mineral seperti potasium, magnesium, fosforus, kalsium, zat besi, zink, kromium, dan mangan. Kandungan-kandungan lain yang pada gamat ialah air sebanyak 8.9%, protein 82%, lemak 1.7%, karbohidrat 4.8% dan ash 2.6%. Kajian terbaru menunjukkan gamat mengandungi kandungan lemak poly unsaturated yang tinggi iaitu Omega-3FA: EPA, DHA. Dari segi nutrisi, Gamat merupakan makanan berbentuk tonik yang ideal kerana mengandungi kadar protin yang tinggi (55%) lebih daripada sumber makanan yang lain (kecuali telur putih). Ia juga mengandungi lebih rendah kandungan lemak (kurang daripada 2%). Gamat boleh dihidangkan dalam pelbagai cara termasuk dibuat sebagai sup, dimasak bercampur dengan daging, dibuat dalam bentuk ekstrak pil atau diminum. 

KEGUNAAN & KEBAIKAN GAMAT
  • Kegunaan Kosmetik. Ekstrak gamat mengandungi kolagen yang penting dalam kosmetik untuk ketegangan tisu muka dan kulit kita. Selain itu, rawatan muka akan lebih berkesan daripada dua ciri ekstrak yang bersifat anti fungal dan anti mikrobial. Sifat anti fungal dan anti mirobial adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada kulit muka berkulat.
  • Kegunaan Tradisional Negara Cina. Berdasarkan kaedah perubatan tradisional cina, gamat berupaya memperkayakan darah, menguatkan hempedu, mengubati ketidaksempurnaan sistem perkumuhan dan sistem reproduktif. Gamat digunakan secara meluas dalam mengubati lemah badan, lemah tenaga barin, sembelit kesan daripada kekeringan di bahagian intestine, dan masalah pembuangan air kecil yang kerap.
  • Sakit Sendi Seperti Artritis & Gout. Glukosamina dan kondroitin penting untuk melegakan sakit sendi seperti artritis dan gout.
  • Penyakit Dalaman Mengurangkan bengkak, inflamasi, meredakan luka dalaman, dan sakit-sakit badan. Selain daripada itu, ia juga dapat membantu mengurangkan tahap darah tinggi bagi pesakit hipertension.
  • Penyakit Kulit dan Luaran Lain. Air gamat boleh diambil oleh pesakit yang mengalami ulser dan sakit tekak. Bagi kegunaan luaran, jel gamat boleh digunakan untuk luka dan gigitan serangga.
Kegunaan Luaran
  • Aloe Vera Menyembuhkan Luka & Kecederaan.
  • Bersifat anti-bakteria dan anti-kulat serta bertindak sebagai anti-biotik untuk membunuh kuman pada luka, mengelakkan dari jangkitan dan pembiakan kuman. Ia juga mempercepatkan kadar aliran darah ke bahagian yang tercedera untuk mempercepatkan proses penyembuhan sel kulit.
  • Gel Aloe Vera Melegakan Kesan Terbakar.
  • Berbagai jenis kajian yang melibatkan usaha mengubati kesan terbakar menunjukkan aloe vera akan membantu proses penyembuhan kesan terbakar di kulit 30% lebih pantas dan efektif daripada bahan lain.
  • Aloe Vera Mengurangkan Risiko Kecederaan Akibat Radang Kulit.
  • Walaupun penyakit "frostbite" jarang dialami di negara bercuaca panas, adalah perlu diketahui bahawa aloe vera telah terbukti melalui kajian Annals of Emergency Medicine untuk menghalang pengurangan aliran darah ke tisu-tisu yang beku yang menyebabkan kehilangan tisu dalam kes-kes "frostbite" menyebabkan kudung.
  • Aloe Vera Melindungi Dari Radiasi.
  • Bagi mereka yang akan menjalani rawatan x-ray, aloe vera telah terbukti secara saintifik dapat menghalang kerosakan sel kulit akibat radiasi kerana kandungan anti-oksidanya yang superoxide dismutase dan gluthathione, 2 jenis bahan yang berfungsi menyembuhkan sel kulit.
  • Aloe Vera Menyuburkan Rambut dan Mengatasi Keguguran rambut.
  • Aloe Vera Untuk Penjagaan Kulit.

Kegunaan Dalaman:
  • Aloe Vera Mencegah Kanser Paru-Paru. Kajian Jurnal Penyelidikan Kanser Jepun membuktikan aloe vera berkesan dalam menghalang kanser paru-paru serta banyak lagi jenis kanser lain.
  • Aloe Vera Melegakan Masalah PenghadamanJurnal Perubatan Alternatif, melalui kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa jus aloe vera berkesan mengubati penyakit radang usus merangkumi cirit-birit, pembuangan najis tidak menentu, menyah-toksin sistem penghadaman, meneutralkan perut berasid, mengurangkan sembelit dan ulser gastrik serta memperkuatkan fungsi buah pinggang, hati serta pundi hempedu.
  • Aloe Vera Menurunkan Kandungan Gula Dalam Darah Untuk Penyakit Diabetis.Kajian oleh Hormone Research mendapati kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetis dapat dikurangkan sebanyak 45%.
  •  Aloe Vera Mencegah Panas Badan.
  • Aloe Vera meningkatkan Daya Tahan Badan . 
Untuk memberi manfaat secara maksimum kepada semua yang mempercayai kebaikan Aloe Vera dan Gamat, Leesa Formula mengedarkan 2 produk berasaskan pati asli Aloe Vera iaitu Leesa Formula AloGa APPLY Gel dan Leesa Formula Aloga DRINK Jelly.

Harga / Price :

Aloga Apply Gel

RM 35.00 (Semenanjung Malaysia)
RM 38.00 (Sabah & Sarawak)

Aloga Drink


RM 40.00 (Semenanjung Malaysia)
RM 43.00 (Sabah & Sarawak) 
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger